ACARA A - Video Muzikal Patriotik Merdeka Kreatif: Bahtera Merdeka (Berpasukan)
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2025)
ACARA A - Video Muzikal Patriotik Merdeka Kreatif: Bahtera Merdeka (Berpasukan)
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2025)
11.1. Video Muzikal Patriotik Merdeka Kreatif: Bahtera Merdeka (Berpasukan)
Jenis Persembahan: Muzikal Teater Mini (Mini Musical Performance)
Persembahan mestilah menggabungkan tiga elemen utama iaitu:
Lakonan berunsur patriotik atau sejarah kemerdekaan
Tarian yang sesuai dengan tema (tradisional, moden, atau gabungan)
Muzik utama: Lagu Bahtera Merdeka
Lagu boleh dinyanyikan secara langsung, secara beramai-ramai, solo, atau digunakan sebagai latar audio.
Olahan lagu dalam bentuk instrumental atau gabungan muzik moden/tradisional dibenarkan tetapi mesti mengekalkan lirik dan semangat asal lagu.
i. Komposisi Ahli Kumpulan:
Bilangan peserta: 6 - 8 orang setiap kumpulan
Peranan:
Semua ahli wajib terlibat dalam lakonan dan tarian.
Sekurang-kurangnya seorang ahli perlu berperanan sebagai pencerita/narator atau penyampai watak utama.
ii. Tempoh Masa Persembahan:
Minimum: 4 minit - Maksimum: 6 minit
Masa akan diambil kira dari saat persembahan bermula (sama ada melalui suara, gerakan atau muzik).
Pemotongan markah/Penalti akan dikenakan sekiranya persembahan kurang atau melebihi masa yang ditetapkan.
iii. Elemen Wajib Persembahan:
Lakonan pendek:
Perlu menggambarkan unsur perjuangan, patriotisme, perpaduan atau peristiwa bersejarah.
Dialog boleh dalam Bahasa Melayu sepenuhnya atau digabungkan dengan bahasa etnik lain secara sesuai.
Tarian:
Tarian haruslah mencerminkan nilai budaya Malaysia.
Koreografi bebas tetapi mesti sopan, harmoni dan tidak keterlaluan.
Digalakkan untuk menyelitkan gerakan simbolik seperti kibaran bendera, simbol perjuangan atau gerakan rakyat. (Gerakan silat atau seni bela diri juga boleh dimasukkan)
Penggunaan lagu Bahtera Merdeka secara aktif:
Lagu ini mesti menjadi nadi utama persembahan dan tidak boleh ditukar kepada lagu lain.
Lagu boleh disusun semula secara kreatif dengan syarat mesej asal tidak diubah.
iv. Penggunaan Kostum dan Prop:
Kostum digalakkan berunsur patriotik, budaya tradisional, atau menggambarkan era kemerdekaan.
Prop dan peralatan pentas dibenarkan dalam skala kecil dan mudah alih sahaja.
v. Audio dan Teknikal:
Lagu latar dan audio persembahan perlu di sesuaikan dengan tema persembahan.
vi. Bahasa Persembahan:
Utama: Bahasa Melayu
Bahasa lain boleh digunakan secara simbolik (contohnya Tamil, Mandarin, Iban, dll.) bagi mencerminkan perpaduan kaum Malaysia — dengan had yang wajar dan mesej yang jelas.
vii. Format Video:
Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4 sahaja
Resolusi minimum 1080 dan ke atas
Kualiti gambar dan audio perlu baik dan jelas
Penggunaan kesan khas dan bunyi adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing
viii. Di hujung persembahan perlu diucapkan AKTIF MERDEKA 2025 “WARNA-WARNI BAHTERA KEMERDEKAAN”
beramai-ramai oleh para peserta
ix. Video perlu dimasukkan logo Matchex dan logo sekolah di awal intro video
x. Bagi menghasilkan video yang menarik dan kreatif, video boleh diambil melalui pelbagai sudut.
xi. Kredit dan cut action digalakkan untuk dimasukkan di akhir video untuk menambah markah kreativiti persembahan.
BORANG PENYERTAAN PENGHANTARAN VIDEO ACARA A (25/8/2025 - 25/9/2025)
i. Kategori SEKOLAH RENDAH - BORANG ACARA A SEK REN
ii. Kategori SEKOLAH MENENGAH - BORANG ACARA A SEK MEN
Maklumat lanjut berkaitan syarat am, sijil, kriteria permarkahan dan lain-lain sila rujuk kertas konsep program.