Ahli Remaja 2024 (Semakan no ahli)
Ahli Remaja 2025 (Semakan no ahli)
Ahli Remaja 2026 (Semakan no ahli)
Program MySihat Care 2026 (Semakan no kod penyertaan)
PERMOHONAN AHLI REMAJA (maklumat di bawah)
PERMOHONAN AHLI REMAJA
MAKLUMAN UNTUK AHLI REMAJA SAHAJA
Bermula Januari 2023 bayaran Yuran Pendaftaran Keahlian (RM2.00) dan Yuran Keahlian setiap tahun (RM2.00) untuk Ahli Remaja sahaja adalah “waive” sehingga Disember 2026 (keistimewaan kepada peserta MySihat Care Challenge sahaja), KECUALI Yuran Aktiviti Tahun semasa (RM8.00) perlu dijelaskan bagi menyertai aktiviti-aktiviti Matchex dengan PERCUMA.***
INFORMASI AHLI REMAJA MATCHEX
a. Berumur kurang dari 18 tahun dan ke bawah sahaja (pengecualian diberikan kepada pelajar tingkatan 6)
b. Mendapat keizinan ibu/bapa/penjaga
c. Warganegara Malaysia
d. Berbakat atau berminat dalam pelbagai bidang bakat
e. Membayar yuran-yuran yang ditetapkan
KEISTIMEWAAN AHLI REMAJA MATCHEX
Diberikan maklumat yang lebih cepat berkenaan program-program yang telah dirancang sepanjang tahun
Boleh menyertai aktiviti-aktiviti Matchex dengan harga ahli atau percuma
Layak mendapat keutamaan tempat untuk mengikuti program-program lawatan sambil belajar di dalam/luar negara yang dianjurkan oleh Matchex.
Ahli juga layak membuat permohonan dan mendapatkan lain-lain bentuk kebajikan seperti pencapaian dan penghargaan.
Yuran Ahli Remaja Matchex
1. Yuran Pendaftaran : RM2.00 sekali sahaja (Waive - tidak perlu bayar sehingga 2026)
2. Yuran Keahlian : RM2.00 setiap tahun (Waive - tidak perlu bayar sehingga 2026)
3. Yuran Aktiviti Tahunan : RM8.00 sahaja setahun (tahun semasa iaitu validity dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2026) perlu dibayar.
*** Tertakluk terma dan syarat
1. Aktiviti-aktiviti dalam talian sahaja
2. Tidak terpakai untuk aktiviti bersemuka
3. Mengambil satu atau dua aktiviti sahaja dalam satu-satu program dalam talian. (tertakluk kepada syarat program)
Program teras adalah;
3.1. Program Mysihat - Pasukan Badan Beruniform,
3.2. Program Aktif Merdeka - Kelab Persatuan
3.3. Program StayFit - Sukan Permainan
DAN
3.4. Program-Program KHIDMAS
KEAHLIAN YANG TELAH TAMAT SAH KEAHLIANNYA DAN PENDAFTARAN AHLI BARU 2026
1. Bagi ahli remaja yang telah tamat sah keahliannya pada 31 Disember 2025, sila perbaharui dengan menjelaskan yuran aktiviti tahunan bagi tahun 2026.
2. No Keahlian bagi ahli baru/keahlian yang diperbaharui bagi ahli lama akan dikemaskini dalam looker studio Semakan Nombor Ahli Remaja (Pilih Menu/Page 3 : AHLI REMAJA 2026) dalam masa 72 jam selepas borang anda kami terima.
3. Semakan pendaftaran ahli secara pukal boleh dibuat di page Semakan Nombor Ahli Remaja (Pilih Menu/Page 3 : AHLI REMAJA 2026) . Pilih semakan melalui kod sekolah, maklumat boleh di download dengan klik simbol 3 titik yang terdapat di atas hujung kanan kotak senarai nama. Klik export chart-data, pilih format untuk di export, klik export. Semak file download anda.
BORANG PERBAHARUI KEAHLIAN AHLI REMAJA (INDIVIDU)-RENEW BAGI AHLI LAMA - Telah ditutup pada 4 April 2026
BORANG PERMOHONAN AHLI REMAJA BARU (INDIVIDU) - Telah ditutup pada 4 April 2026
PENDAFTARAN KEAHLIAN SECARA PUKAL TELAH DITUTUP PADA 27 MAC 2026.
Nota:
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan/perbaharui keahlian sila email ke inquiry.matchex@gmail.com atau whatsapp ke Matchex Helpline 011-7117 1071.
PERMOHONAN AHLI BERSEKUTU (DEWASA)