ACARA B - Video Peragaan Busana Fesyen: Warna-Warni Merdeka (Individu).
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2025)
ACARA B - Video Peragaan Busana Fesyen: Warna-Warni Merdeka (Individu).
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2025)
11.2. Video Peragaan Busana Fesyen: Warna-Warni Merdeka (Individu).
Jenis Persembahan: Pertunjukan Busana Fesyen warna-warni Merdeka.
i. Bilangan Peserta: 1 model untuk satu penyertaan
ii. Tema Busana:
Warna tema Jalur Gemilang (merah, putih, biru, kuning)
Inspirasi budaya Malaysia
Gaya unik dan berinspirasi kemerdekaan
Busana mestilah mempamerkan elemen warna Jalur Gemilang: merah, putih, biru dan kuning. Dibenarkan menggunakan unsur budaya Malaysia seperti batik, songket, tenunan etnik, dan corak tradisional.
Digalakkan memasukkan simbol kemerdekaan, pahlawan, peta Malaysia, bangunan ikonik, atau slogan merdeka secara kreatif dalam rekaan.
iii. Tempoh Catwalk: Sekitar 60 saat setiap peserta
Setiap peserta akan membuat ‘catwalk’ dengan busana yang dipakai.
Persembahan individu diiringi dengan muzik latar patriotik Bahtera Merdeka (boleh diambil mana-mana bahagian muzik lagu berkenaan)
Rakaman video bermula dari berjalan masuk, berhenti berjalan, membuat pose patriotik, dan berjalan keluar dengan yakin.
Sewaktu membuat pose patriotik peserta perlu ucapkan AKTIF MERDEKA 2025 “WARNA-WARNI BAHTERA KEMERDEKAAN” dengan penuh inspirasi dan bergaya.
iv. Format Video:
Durasi rakaman penuh minimum1:30 minit maksimum 2.00 minit
Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4 sahaja
Resolusi minimum 1080 dan ke atas
Kualiti gambar dan audio perlu baik dan jelas
Video perlu dimasukkan logo Matchex di awal intro video
Kredit dan cut action digalakkan untuk dimasukkan di akhir video untuk menambah markah kreativiti persembahan. Masukkan sekali pereka fesyen berkenaan jika ada.
BORANG PENYERTAAN PENGHANTARAN VIDEO ACARA B (25/8/2025 - 25/9/2025)
i. Kategori SEKOLAH RENDAH - BORANG ACARA B SEK REN
ii. Kategori SEKOLAH MENENGAH - BORANG ACARA B SEK MEN
Maklumat lanjut berkaitan syarat am, sijil, kriteria permarkahan dan lain-lain sila rujuk kertas konsep program.