11.3. Kuiz Online Kemerdekaan: Jiwa Warga Merdeka (TERBUKA - Individu).
PANDUAN DAN SYARAT
Tarikh dan masa kuiz online berlangsung adalah pada 20 September 2025 / SABTU 10.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja
TERBUKA untuk semua warganegara Malaysia sahaja.
Terbuka kepada ahli remaja/ibu/bapa/penjaga/guru dan semua lapisan masyarakat Malaysia
2 kategori penyertaan iaitu
i. Berumur 9 tahun hingga 19 tahun
ii. Berumur 20 tahun ke atas
Menjawab seberapa banyak soalan kuiz dalam masa 1 jam. Jawapan hendaklah dihantar sebelum atau tepat jam 11.00 pagi 20 September 2025.
Markah hanya diberikan berdasarkan jawapan yang tepat dan masa yang terpantas dalam masa 1 jam yang diberikan sahaja.
Kuiz online ini akan dijalankan melalui platform Google Forms
Peserta digalakkan bersedia lebih awal bagi menggelakkan sebarang masalah.
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah peranti yang digunakan dan rangkaian internet di kawasan masing-masing.
Kedudukan pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh setiap kategori adalah terbuka kepada yang menghantar dalam masa 1 jam berkenaan.
Sekiranya dalam kedudukan pemenang terdapat markah yang sama maka masa terpantas menghantar jawapan diambil kira untuk menentukan kedudukan tempat.
Penghantaran/submit jawapan selepas jam 11.00 pagi akan dianggap sebagai penyertaan sahaja.
Soalan-soalan kuiz adalah berkisar sejarah pembentukan negara, pejuang dan pemimpin kemerdekaan, pasca merdeka serta yang berkaitan dengannya..
JIKA ANDA ADALAH AHLI REMAJA MATCHEX
Ahli Remaja Matchex yang masih aktif keahliannya sehingga 31 Disember 2025 sahaja
(Bagi mereka yang telah menyertai MySihat Care 2025, keahlian adalah valid sehingga 31 Disember 2025)
TIDAK PERLU MENDAFTAR. Penyertaan adalah PERCUMA.
Dapatkan KOD PENYERTAAN dan link pautan kuiz di link Looker Studio keahlian ini bermula 16 Ogos 2025.
JIKA ANDA BUKAN AHLI REMAJA MATCHEX
Perlu mendaftar bagi acara kuiz online ini. Pendaftaran dibuka dari 11 Ogos 2025 hingga 10 September 2025. Dapatkan borang pendaftaran di link di bawah.
Yuran penyertaan acara ini adalah RM8.00 seorang
Kod Penyertaan dan pautan/link kuiz akan di hantar melalui email yang digunakan semasa membuka/mengisi borang pendaftaran. Dapatkan kod penyertaan dan pautan/link kuiz tersebut selewatnya pada 15 September 2025. Jika tidak mendapat kod penyertaan tersebut, hubungi penganjur segera melalui email: inquiry.matchex@gmail.com
BORANG PENDAFTARAN KUIZ BAGI BUKAN AHLI REMAJA (10/8/2025 - 10/9/2025)
i. Kategori 9 tahun hingga 19 tahun - BORANG PENDAFTARAN KUIZ (9-19 TAHUN)
ii. Kategori 20 tahun ke atas - BORANG PENDAFTARAN KUIZ (20 TAHUN KE ATAS)
Maklumat lanjut berkaitan syarat am, sijil, dan lain-lain sila rujuk kertas konsep program.
PEMENANG DAN HADIAH