11.1. Fitness Dance dengan peralatan Hula hoop (Berpasukan 8 orang)
i. Pertandingan ini mengetengahkan gabungan elemen tarian dan kecergasan menggunakan hula hoop sebagai alatan utama. Setiap pasukan yang terdiri daripada 8 orang peserta perlu mempersembahkan sebuah rutin fitness dance berdurasi minimum 3.00 hingga 5.00 minit yang menggabungkan:
Pergerakan asas Menggunakan hula hoop secara aktif, kreatif dan seragam, Elemen senaman ringan dan pergerakan koordinatif, Persembahan berpasukan yang menarik dan energetic dan selamat. Menyelitkan unsur seni gerak, formasi kumpulan dan semangat berpasukan.
ii. Memilih Muzik Sesuai – Lagu/muzik pilihan mestilah positif, sopan dan tidak mengandungi unsur sensitif atau lucah. Irama muzik boleh terdiri daripada genre seperti pop, dance, ethnic fusion, EDM atau tradisional moden – selagi sesuai dengan pergerakan dan mesej kesihatan.
iii. Cadangan Elemen Kreatif dalam Persembahan - Formasi dinamik (bulatan, zigzag, barisan). Tukar-tukar posisi dengan hula hoop (pass-through / sync moves). Elemen permainan – contohnya lompat, pusing, atau kerja berpasangan. Gaya tarian kreatif: Hip hop, tradisional kontemporari, aerobik moden.
iv. Peraturan Tambahan - Semua peserta perlu berpakaian sopan, bersesuaian dan selesa untuk bergerak. Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat bantuan berbahaya atau bersifat gimmick melampau. Persembahan mestilah mengutamakan keselamatan diri dan tidak bersifat provokatif.
Tugasan Wajib untuk semua acara:
i. Di hujung persembahan perlu diucapkan “STAY FIT @ HSN 2025: NAK SIHAT, KEKAL AKTF” oleh semua peserta secara serentak.
ii. Video perlu dimasukkan logo Matchex dan logo sekolah di awal intro video
iii. Bagi menghasilkan video yang menarik dan kreatif, video boleh diambil melalui pelbagai sudut. Kredit dan cut action digalakkan untuk dimasukkan di akhir video untuk menambah markah kreativiti persembahan.
iv. Format Video: Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4 sahaja Resolusi minimum 1080 dan ke atas, Kualiti gambar dan audio perlu baik dan jelas, Penggunaan kesan khas dan bunyi adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing
BORANG PENYERTAAN PENGHANTARAN VIDEO ACARA A (11/10/2025 - 31/10/2025)
i. Kategori SEKOLAH RENDAH - BORANG ACARA A SEK REN (boleh di akses pada 1/10/2025)
ii. Kategori SEKOLAH MENENGAH - BORANG ACARA A SEK MEN (boleh di akses pada 1/10/2025)
Maklumat lanjut berkaitan syarat am, sijil, kriteria permarkahan dan lain-lain sila rujuk Kertas Konsep Stay Fit @HSN 2025.