ACARA B - Fitness Dance dengan peralatan Skipping/jumping rope
(Berpasukan 8 orang)
(Berpasukan 8 orang)
11.2. Fitness Dance dengan peralatan Skipping rope/jumping rope (Berpasukan 8 orang)
i. Pasukan yang terdiri daripada 8 orang peserta perlu mempersembahkan satu rutin fitness dance berdurasi 3.00 hingga 5.00 minit, yang menggabungkan: Gerakan tarian dan senaman menggunakan tali skipping (sebagai alat utama), Pergerakan berirama dan kreatif yang menekankan kecergasan, Kerjasama pasukan dan formasi kumpulan, Elemen persembahan yang menarik, tersusun dan energetik. Skipping rope digunakan bukan hanya untuk melompat, tetapi boleh dimanipulasi dalam pelbagai bentuk pergerakan kreatif – termasuk putaran, koordinasi berpasangan, lompat silang, dan pergerakan formasi.
ii. Reka dan Latih Koreografi - Pasukan perlu menghasilkan rutin persembahan berdurasi 3–5 minit. Rutin tersebut mesti: Menggabungkan gerakan skipping rope sekurang-kurangnya 60% daripada persembahan, Mempunyai unsur tarian kecergasan (fitness dance), Menampilkan koordinasi formasi berpasukan dan keseragaman gerakan.
iii. Gunakan Muzik yang Sesuai - Lagu mestilah berirama rancak, bebas dari unsur sensitif, dan sesuai dengan pergerakan fizikal. Genre muzik boleh merangkumi pop, EDM, tradisional kontemporari, atau apa-apa yang menyokong kreativiti.
iv. Cadangan Elemen Kreatif dalam Persembahan - Contoh Gerakan Kreatif (Skipping) seperti Lompat serentak 8 orang mengikut kiraan beat, Skipping berganti arah / silang, Pasangan skipping serentak dan berinteraksi, Lompat berformasi (bulatan, zigzag, bergelombang), Manipulasi tali: putaran badan, lompat silang, ikatan tangan dan kaki (selamat). Gabungan gerakan skipping dengan pergerakan tarian (Zumba / aerobik)
v. Peraturan Tambahan: Pakaian mestilah sopan, bersesuaian dan selesa untuk aktiviti fizikal. Tali skipping sendiri perlu dibawa dan digunakan oleh setiap ahli kumpulan. Persembahan mestilah mengutamakan keselamatan dan tidak bersifat provokatif.
Tugasan Wajib untuk semua acara:
i. Di hujung persembahan perlu diucapkan “STAY FIT @ HSN 2025: NAK SIHAT, KEKAL AKTF” oleh semua peserta secara serentak.
ii. Video perlu dimasukkan logo Matchex dan logo sekolah di awal intro video
iii. Bagi menghasilkan video yang menarik dan kreatif, video boleh diambil melalui pelbagai sudut. Kredit dan cut action digalakkan untuk dimasukkan di akhir video untuk menambah markah kreativiti persembahan.
iv. Format Video: Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4 sahaja Resolusi minimum 1080 dan ke atas, Kualiti gambar dan audio perlu baik dan jelas, Penggunaan kesan khas dan bunyi adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing
BORANG PENYERTAAN PENGHANTARAN VIDEO ACARA B (11/10/2025 - 31/10/2025)
i. Kategori SEKOLAH RENDAH - BORANG ACARA B SEK REN (boleh di akses pada 1/10/2025)
ii. Kategori SEKOLAH MENENGAH - BORANG ACARA B SEK MEN (boleh di akses pada 1/10/2025)
Maklumat lanjut berkaitan syarat am, sijil, kriteria permarkahan dan lain-lain sila rujuk Kertas Konsep Stay Fit @HSN 2025.