11.3. Duo Tabata (Berpasangan 2 orang)
Tabata merupakan sejenis latihan kecergasan berintensiti tinggi (HIIT – High Intensity Interval Training) yang
dibangunkan oleh Dr. Izumi Tabata dari Jepun. Ia melibatkan lapan pusingan senaman yang dilakukan dalam tempoh 20 saat senaman diikuti dengan 10 saat rehat setiap satu. Ini menjadikan keseluruhan durasi hanya 4.00 minit, tetapi memberi impak tinggi kepada kesihatan jantung, stamina dan pembakaran kalori. Pertandingan Duo Tabata ini dilaksanakan secara berpasangan (dua orang) dan menekankan koordinasi, kerjasama, kekuatan fizikal dan kreativiti persembahan. Pasangan peserta perlu melengkapkan rutin tabata dengan 8 aktiviti senaman berbeza, secara terancang dan seragam.
i. Struktur Rutin dengan durasi keseluruhan: 4 minit maksimum 5.00 minit
ii. Set tabata: 8 aktiviti x (20 saat senaman + 10 saat rehat)
iii. Contoh rutin senaman yang dicadangkan: Jumping jacks, Squat + punch, Mountain climbers, High knees, Burpees, Pushup shoulder taps, Lunge switch, Plank hold with clap (interaksi duo).
iv. Peserta boleh mereka sendiri jenis senaman selagi sesuai dengan format tabata dan tidak membahayakan diri.
v. Peralatan - Tiada peralatan wajib diperlukan. Namun peserta dibenarkan menggunakan peralatan asas kecergasan (contohnya: tikar senaman, kerusi stabil) jika perlu, tanpa menjejaskan keselamatan.
Tugasan Wajib untuk semua acara:
i. Di hujung persembahan perlu diucapkan “STAY FIT @ HSN 2025: NAK SIHAT, KEKAL AKTF” oleh semua peserta secara serentak.
ii. Video perlu dimasukkan logo Matchex dan logo sekolah di awal intro video
iii. Bagi menghasilkan video yang menarik dan kreatif, video boleh diambil melalui pelbagai sudut. Kredit dan cut action digalakkan untuk dimasukkan di akhir video untuk menambah markah kreativiti persembahan.
iv. Format Video: Format yang dibenarkan adalah MOV atau MP4 sahaja Resolusi minimum 1080 dan ke atas, Kualiti gambar dan audio perlu baik dan jelas, Penggunaan kesan khas dan bunyi adalah mengikut kreativiti pasukan masing-masing
BORANG PENYERTAAN PENGHANTARAN VIDEO ACARA C (11/10/2025 - 31/10/2025)
i. Kategori SEKOLAH RENDAH - BORANG ACARA C SEK REN (boleh di akses pada 1/10/2025)
ii. Kategori SEKOLAH MENENGAH - BORANG ACARA C SEK MEN (boleh di akses pada 1/10/2025)
Maklumat lanjut berkaitan syarat am, sijil, kriteria permarkahan dan lain-lain sila rujuk Kertas Konsep Stay Fit @HSN 2025.