Pilihan A. Video Promosi Iklan Pendek: Wonderful Malaysia – Berpasukan (2 orang ahli remaja Matchex)
Penerangan Acara
Acara Video Promosi Iklan Pendek: “Wonderful Malaysia” merupakan pertandingan berpasukan yang menumpukan kepada penghasilan iklan pelancongan digital berdurasi pendek bagi mempromosikan keunikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Peserta berperanan sebagai penerbit iklan pelancongan, menghasilkan kandungan visual yang ringkas, kreatif dan persuasif untuk menarik minat pelancong tempatan serta antarabangsa.
Setiap pasukan yang terdiri daripada dua (2) orang peserta dikehendaki menghasilkan sebuah video berdurasi 3.00 minit yang memaparkan tiga (3) tempat wajib dilawati di Malaysia, atau budaya tempatan atau makanan ikonik yang harus dicuba. Video hendaklah menyerlahkan identiti Malaysia melalui visual menarik, mesej promosi yang jelas dan penceritaan padat seperti sebuah iklan pelancongan.
Cadangan Cara Penyampaian & Persembahan Video
Video Promosi Iklan Pendek: Wonderful Malaysia
Konsep Penceritaan Ringkas & Padat, gunakan struktur iklan yang jelas:
Pembukaan (Hook) – Tarik perhatian dalam 5–7 saat pertama
Isi Utama – Paparkan 3 lokasi menarik / budaya etnik tempatan / makanan
Bangunan bersejarah/kehijauan hutan/Kejernihan air
Pakaian tradisional / seni persembahan
Aktiviti budaya (contoh: kraftangan, perayaan)
Makanan ikonik (close-up & reaksi mencuba)
Penutup – Seruan (call to action) untuk melancong ke Malaysia
Gaya Persembahan yang dicadangkan
Pencerita / Hos Pelancongan - Seorang peserta sebagai hos/pencerita dan seorang lagi sebagai jurukamera atau pelakon sokongan. Penyampaian bertenaga, mesra dan yakin
- Lakonan Ringkas / Situasi Pelancong - Visual seperti pengalaman sebenar melancong. Contoh: mencuba makanan, berinteraksi dengan penduduk tempatan
Travel Montage Sinematik - Gabungan klip pendek, visual cantik dan muzik latar,
Teks ringkas untuk nama lokasi, budaya dan makanan
Penyampaian Visual yang Menarik
Gunakan variasi shot: wide shot (lokasi), medium (aktiviti), close-up (makanan/budaya), Gerakan kamera sederhana (pan, tilt, walk-through), Elakkan rakaman terlalu panjang bagi satu lokasi.
Audio & Naratif
Gunakan suara latar (voice-over) yang jelas dan ringkas, Muzik latar bercirikan Malaysia / instrumental yang sesuai dan elakkan dialog terlalu Panjang.
Sertakan teks ringkas seperti: “Mesti Rasa” atau “Keunikan Budaya” atau “Destinasi wajib”
Gaya Suntingan
Suntingan kemas dan konsisten, Peralihan (transition) ringkas, tidak berlebihan, Warna cerah dan mood ceria
Penutup Berimpak
Akhiri video dengan tag line mesej yang kuat:
“Malaysia, Destinasi Pilihan Anda” atau “Experience the Wonder of Malaysia”
Paparan logo / slogan Tahun Melawat Malaysia 2026
Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM .
Borang pendaftaran : (10 hingga 31 Julai 2026)
Sekolah Menengah - Borang Pendaftaran Acara A (SM) - PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 31 JULAI 2026
Sekolah Rendah - Borang Pendaftaran Acara A (SR) - PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 31 JULAI 2026
Satu email pengesahan akan dihantar ke email yang digunakan semasa mengisi borang dalam masa 5 hari bekerja selepas pendaftaran diterima oleh pihak penganjur. Di dalam email tersebut akan disertakan KOD Penyertaan Pasukan dan link pautan untuk muatnaik tugasan bagi acara A.
Penghantaran video adalah dari 2 hingga 25 Ogos 2026