Pilihan Acara B. Video Tarian Budaya Selamat Datang Etnik Malaysia – Berpasukan (2 – 5 orang ahli Remaja Matchex)


KONSEP PERSEMBAHAN

Peserta dikehendaki menghasilkan video tarian bertemakan “Selamat Datang ke Malaysia” yang menampilkan elemen budaya etnik Malaysia. Persembahan boleh menggabungkan:


Konsep video hendaklah sopan, menghormati sensitiviti budaya serta sesuai untuk tontonan umum dan promosi pelancongan.


FORMAT & SYARAT PENYERTAAN

Bentuk penyertaan : Berpasukan

Bilangan peserta : 2 – 5 orang

Tempoh video : 3.00 – 5.00 minit

Jenis tarian : Tarian budaya / Etnik Malaysia / Tarian warisan

Lokasi rakaman : Dalam / luar bangunan (sesuai & selamat)

Muzik : Muzik tradisional / instrumental / gabungan

Format video : MP4

Resolusi : Minimum Full HD (1080p)


CADANGAN JENIS TARIAN BAGI VIDEO TARIAN BUDAYA SELAMAT DATANG ETNIK MALAYSIA

Peserta digalakkan memilih atau menggabungkan tarian yang menzahirkan elemen keramahan, sambutan dan keharmonian budaya, sama ada dalam bentuk tradisional atau olahan kreatif yang berteraskan warisan.


TARIAN ETNIK MELAYU

Tarian Zapin – Melambangkan kesopanan, keserasian dan keterbukaan.

Tarian Inang – Sesuai sebagai tarian sambutan dan istiadat.

Tarian Joget – Ceria, mesra dan sesuai sebagai tarian selamat datang.

Tarian Asli / Lenggang Melayu – Menonjolkan kehalusan budaya Melayu.

Dan Tarian warisan negeri-negeri


TARIAN ETNIK CINA

Tarian Kipas – Gerak lemah gemalai, simbol keindahan dan keseimbangan.

Tarian Payung – Melambangkan perlindungan dan keramahan.

Tarian Singa (Elemen Ringkas) – Digalakkan dalam bentuk simbolik dan kreatif.

Dan Tarian warisan yang lain.


TARIAN ETNIK INDIA

Tarian Bharatanatyam (Olahan Sambutan) – Simbol penghormatan dan spiritual.

Tarian Bhangra (Olahan Lembut) – Ceria dan bertenaga, sesuai sebagai tarian sambutan.

Tarian Kolattam – Menonjolkan semangat komuniti dan kerjasama.

Dan Tarian warisan yang lain


TARIAN ETNIK SABAH

Tarian Sumazau – Simbol keharmonian alam dan masyarakat.

Tarian Magunatip (Olahan Selamat) – Elemen visual unik, digalakkan versi kreatif.

Dan Tarian warisan etnik kaum yang lain di Sabah


TARIAN ETNIK SARAWAK

Tarian Ngajat – Keanggunan dan kekuatan budaya Dayak.

Tarian Datun Julud – Tarian sambutan yang lembut dan penuh simbolik.

Dan Tarian warisan etnik kaum yang lain di Sarawak

GABUNGAN & FUSI BUDAYA (DIGALAKKAN)

Tarian Fusi Etnik Malaysia – Gabungan dua atau lebih etnik dalam satu persembahan.

Tarian Kontemporari Berteraskan Budaya – Gerak moden dengan identiti tradisi.

Tarian Etnik Portugis, Boria dan lain-lain juga digalakkan

Montaj Gerak Tarian Sambutan – Setiap peserta mewakili etnik berbeza.


PENUTUP TARIAN 

Tujuan: Memberi kesan akhir yang kuat & beremosi

Koreografi: Semua peserta ke hadapan kamera

Gerak simbolik selamat datang (tangan terbuka, senyum) Pose akhir seragam

Tagline yang perlu di laungkan beramai ramai di akhir persembahan ialah:

“Selamat Datang ke Malaysia”


KRITERIA PENILAIAN (RINGKAS)


PERATURAN AM

Persembahan mestilah mematuhi norma, nilai dan sensitiviti budaya. Kandungan video tidak mengandungi unsur negatif atau kontroversi dan Semua ahli pasukan hendaklah terlibat secara aktif. Keputusan juri adalah muktamad.



Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM


Borang pendaftaran : (10 hingga 31 Julai 2026)


Satu email pengesahan akan dihantar ke email yang digunakan semasa mengisi borang dalam masa 5 hari bekerja selepas pendaftaran diterima oleh pihak penganjur. Di dalam email tersebut akan disertakan KOD Penyertaan Pasukan dan link pautan untuk muatnaik tugasan bagi acara B. 

Penghantaran video adalah dari 2 hingga 25 Ogos 2026