Pilihan Acara C. Video Peragaan Busana Etnik Malaysia - Individu (Ahli Remaja Matchex)
KONSEP PERSEMBAHAN
Peserta dikehendaki menghasilkan video peragaan busana yang menampilkan satu busana etnik Malaysia secara profesional dan beretika. Persembahan hendaklah:
Menonjolkan keunikan busana dari sudut potongan, warna dan aksesori, Menggunakan gerak langkah peragaan yang sopan dan berkeyakinan, Disertai elemen visual atau teks ringkas yang menerangkan asal-usul busana, Pendekatan kreatif seperti penceritaan ringkas, simbolik budaya atau latar lokasi bersesuaian adalah digalakkan.
FORMAT & SYARAT PENYERTAAN
Bentuk penyertaan : Individu
Tempoh video : 2.00 – 3.00 minit
Jenis busana : Busana etnik / tradisional Malaysia
Lokasi rakaman : Dalam / luar bangunan (bersesuaian)
Muzik latar : Instrumental / etnik
Format video : MP4
Resolusi Minimum : Full HD (1080p)
Skrip Ringkas Persembahan – Video Peragaan Busana Etnik Malaysia
Konsep: “Memperkenalkan Busana Etnik Malaysia”
Pembukaan – Perkenalan (0:00 – 0:20)
Peserta menghadap kamera, senyum mesra. Teks overlay (opsyenal): “Selamat Datang ke Malaysia”
Naratif ringkas (voice-over / suara peserta):
“Hai! Saya [Nama Peserta] dan hari ini saya akan memperkenalkan salah satu warisan budaya Malaysia melalui busana etnik yang memukau ini.”
Pengenalan Busana & Etnik (0:20 – 1:20)
Kamera bergerak perlahan memaparkan keseluruhan busana (wide shot → close-up aksesori / kain / corak).
Naratif ringkas (voice-over / suara peserta):
“Busana ini dikenali sebagai [Nama Busana], berasal daripada etnik [Nama Etnik]. Ia melambangkan [makna budaya / sejarah / nilai estetika].”
Contoh: “Corak sulaman pada kain ini menggambarkan kehidupan masyarakat [Etnik] yang menghargai alam semula jadi.” Peserta mempamerkan gerak tangan atau pose peragaan ringkas untuk menonjolkan butiran busana.
Unsur Kreatif & Budaya (1:20 – 2:20)
Fokus kepada elemen tambahan: aksesori, gaya rambut, prop tradisional (jika ada).
Naratif ringkas (voice-over / suara peserta):
“Setiap aksesori dan warna pada busana ini membawa makna tersendiri – dari simbol kemakmuran hingga perpaduan masyarakat. Busana ini sesuai dipakai pada majlis perayaan dan sambutan istimewa.”
Gerak peragaan: berjalan perlahan mengikut frame kamera atau formasi pose dinamik.
Penutup – Mesej Promosi Pelancongan (2:20 – 2:50)
Peserta memberi salam / senyuman, pose akhir yang menonjolkan busana.
Naratif ringkas (voice-over / suara peserta): Wajib diucapkan di akhir video
“Itulah keindahan warisan Malaysia. Datang dan saksikan sendiri kekayaan budaya kami. Selamat datang ke Malaysia!”
GARIS PANDUAN PENGGAMBARAN & PENYUNTINGAN
Pencahayaan jelas bagi menonjolkan tekstur dan warna busana, Rakaman stabil dengan sudut kamera sesuai, Suntingan kemas dan professional, Elakkan efek visual berlebihan yang mengganggu fokus busana
KRITERIA PENILAIAN (RINGKAS)
Keaslian & ketepatan busana etnik, Gaya peragaan dan keyakinan, Kreativiti konsep video,
Kualiti rakaman dan suntingan dan Impak keseluruhan persembahan
PERATURAN AM
Busana mestilah sopan dan menghormati nilai budaya, Pengubahsuaian busana dibenarkan selagi tidak menjejaskan identiti asal, Kandungan video tidak mengandungi unsur sensitif atau kontroversi. Keputusan juri adalah muktamad.
Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM .
BAGI ACARA INDIVIDU C, AHLI TIDAK PERLU BUAT PENDAFTARAN ACARA.
Ahli boleh terus siapkan video dan hantar pada tarikh yang telah ditetapkan melalui borang yang disediakan di link di bawah.
BORANG PENGHANTARAN VIDEO boleh di dapati melalui link Semakan Kod Penyertaan Aktif Merdeka 2026 .
Penghantaran video adalah dari 2 hingga 25 Ogos 2026