Pilihan Acara D. Kuiz Online - Merdeka Explorer: Kenali & Cintai Malaysia – Individu (Terbuka kepada Ahli Remaja Matchex dan Ahli Dewasa/Bersekutu Matchex) (Penyertaan sahaja)
KELAYAKAN:
Semua Ahli Remaja Matchex yang berdaftar dan aktif bagi 2026 (Automatik tidak perlu mengisi apa-apa borang acara) - PERCUMA
Semua Ahli Dewasa Biasa/Bersekutu Matchex yang berdaftar (Perlu mengisi borang penyertaan acara)
PERATURAN DAN SYARAT
ACARA INI ADALAH PENYERTAAN SAHAJA BUKAN ACARA PERTANDINGAN
Setiap peserta wajib mengisi kod penyertaan untuk acara kuiz online ini. Dapatkan kod penyertaan tersebut selewatnya pada 15 Ogos 2026 di Data Studio Program Ahli (bagi Ahli Remaja Matchex) atau e-mel pengesahan penyertaan untuk Ahli Dewasa/Bersekutu Matchex. Hubungi penganjur segera jika masih belum tidak mendapat kod penyertaan acara kuiz melalui e-mel: inquiry.matchex@gmail.com
Menjawab 100 soalan kuiz. Kuiz akan dijalankan melalui platform Google Forms.
Untuk layak mendapatkan sijil penyertaan markah kuiz perlu diperolehi sekurang-kurangnya 70 markah dan ke atas.
Tarikh dan masa kuiz online akan berlangsung bermula pada 22 hingga 26 Ogos 2026.
Kandungan soalan merangkumi pelancongan Malaysia, sejarah dan kemerdekaan negara.
Tanggungjawab Peserta - Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah teknikal di pihak peserta.
Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM .
BAGI ACARA INDIVIDU D, AHLI REMAJA TIDAK PERLU BUAT PENDAFTARAN ACARA.
Ahli boleh terus menjawab kuiz pada tarikh yang telah ditetapkan melalui borang yang disediakan di link di bawah.
Borang menjawab kuiz boleh di dapati melalui link Semakan Kod Penyertaan Aktif Merdeka 2026 .
Penyertaan kuiz adalah dari 22 hingga 26 Ogos 2026.
BAGI AHLI BERSEKUTU / DEWASA, sila isi borang pendaftaran dibawah.
Borang pendaftaran kuiz kategori dewasa - (Tempoh pendaftaran 13 Julai hingga 15 Ogos 2026)
Satu email pengesahan akan dihantar ke email yang digunakan semasa mengisi borang dalam masa 5 hari bekerja selepas pendaftaran diterima oleh pihak penganjur. Di dalam email tersebut akan disertakan Kod Penyertaan dan link kuiz.