ACARA B – Video Kreatif Kemahiran Penyediaan Masakan Rimba
(Berpasukan 5 orang)
ACARA B – Video Kreatif Kemahiran Penyediaan Masakan Rimba
(Berpasukan 5 orang)
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2026)
Pilihan Acara B – Video Kreatif Kemahiran Penyediaan Masakan Rimba (Berpasukan 5 orang)
FORMAT & SYARAT VIDEO B
a. Bentuk: Video kreatif (rakaman + suntingan ringkas)
b. Durasi: Minimum 3.00 minit dan Maksimum 5.00 minit
c. Penyertaan: Berpasukan
d. Bahasa: Bahasa Melayu / Kebangsaan
e. Elemen wajib video:
▪ Pengenalan pasukan
▪ Proses penyediaan masakan
▪ Penekanan aspek keselamatan & kebersihan
▪ Hasil masakan
OBJEKTIF ACARA MASAKAN RIMBA
Memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran asas penyediaan masakan rimba yang selamat, bersih dan beretika serta menggalakkan pemakanan sihat dan seimbang. Memupuk kerjasama berpasukan, komunikasi berkesan dan kemahiran hidup melalui aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman dalam persekitaran luar.
PERATURAN PERTANDINGAN
a. Setiap pasukan hendaklah mematuhi tempoh masa video yang ditetapkan.
b. Penggunaan api, peralatan tajam dan bahan mentah mestilah mengutamakan keselamatan.
c. Menyediakan satu set makanan rimba yang mengandungi nasi, ayam/ikan dan sayur-sayuran.
d. Penggunaan gajet hanya dibenarkan untuk tujuan rakaman sahaja.
e. Kandungan video hendaklah sopan, selamat dan tidak melanggar sensitiviti.
f. Sebarang tindakan yang mencemarkan alam sekitar adalah tidak dibenarkan.
g. Pengawasan guru pembimbing.
CADANGAN CONTOH-CONTOH MENU MASAKAN RIMBA
i. Nasi Rimba Berbungkus Daun - Nasi putih atau nasi herba dimasak menggunakan periuk buluh dan dibungkus dengan daun pisang.
ii. Ayam/ ikan Panggang Rimba – Ayam / ikan diperap dengan rempah ringkas dan dipanggang menggunakan bara api.
iii. Sayur Rebus Rimba / Ulaman Tradisional - Sayur berdaun atau ulam direbus ringkas atau dimakan segar.
iv. Sup Rimba (Sup Sayur) - Sup ringkas dimasak menggunakan periuk buluh.
v. Lain-lain menu yang sesuai dan klasik boleh ditambah.
KESELAMATAN & ETIKA
i. Elakkan penggunaan bahan liar / beracun
ii. Gunakan bahan mentah yang dibekalkan atau diluluskan
iii. Utamakan kebersihan dan keselamatan
iv. Tidak merosakkan alam sekitar
TEKNIK RAKAMAN
Persediaan Sebelum Rakaman
• Rancang alur cerita ringkas (pengenalan → penyediaan → memasak → hasil).
• Tetapkan peranan ahli pasukan (penyedia bahan, pencerita).
• Pastikan peralatan rakaman berfungsi dan stabil.
• Pilih lokasi selamat, terang dan bersih.
Jenis Shot Yang Disyorkan
Gunakan gabungan shot untuk menjadikan video menarik:
• Wide Shot: Gambaran keseluruhan lokasi & pasukan
• Medium Shot: Proses memasak & interaksi ahli
• Close-Up Shot: Bahan mentah, tangan, teknik memasak, api, hasil akhir. Elakkan terlalu lama pada satu shot.
Kedudukan & Kestabilan Kamera
• Gunakan tripod atau letak kamera pada permukaan kukuh.
• Elakkan gegaran, pergerakan mengejut atau zoom berlebihan.
• Pastikan kamera tidak terlalu dekat dengan api atau air.
Pencahayaan
• Manfaatkan cahaya semula jadi.
• Pastikan wajah dan bahan masakan jelas.
• Elakkan rakaman menghadap matahari terus.
• Jika gelap, ubah posisi rakaman, bukan tambah kesan suntingan.
Audio & Komunikasi
• Rakam suara di kawasan kurang bising.
• Gunakan suara jelas, ringkas dan sopan.
• Elakkan bunyi angin, kipas berlebihan atau jeritan.
• Dialog ringkas lebih berkesan daripada panjang.
Keselamatan Semasa Rakaman
• Kamera tidak mengganggu pergerakan memasak.
• Elakkan rakaman terlalu dekat dengan peralatan tajam.
• Keselamatan peserta perlu lebih utama
• Gajet digunakan sekadar rakaman sahaja.
• Tunjukkan kerjasama, komunikasi bersemuka & kerja berpasukan.
• Elakkan penggunaan telefon untuk rujukan internet semasa rakaman.
• Fokus kepada pengalaman sebenar & interaksi manusia.
Suntingan Video
• Potong bahagian tidak perlu.
• Susun rakaman mengikut aliran cerita.
• Masukkan teks ringkas (nama menu, pasukan).
• Elakkan muzik atau efek berlebihan.
Kualiti Video (Keperluan Minimum)
• Resolusi: Minimum Full HD (1080p)
• Orientasi: Landskap (horizontal)
• Format fail: MP4 / MOV
• Kualiti audio: Jelas, seimbang dan tidak pecah
• Suntingan: Kemas, minimum (intro ringkas dibenarkan)
Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM . Segala pertanyaan bagi ACARA B sila Whatsapp ke 011-6108 0601.
Borang pendaftaran :
Sekolah Menengah - Borang Pendaftaran Acara B (SM)
Sekolah Rendah - Borang Pendaftaran Acara B (SR)
Pastikan anda join/subscribe/follow channel telegram rasmi kami Matchex Broadcast Media untuk info terkini.