Pilihan Acara C – Video Kreatif Pengurusan Kecederaan Otot dan Sendi
(Berpasukan 5 orang)
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2026)
Pilihan Acara C – Video Kreatif Pengurusan Kecederaan Otot dan Sendi
(Berpasukan 5 orang)
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2026)
Pilihan Acara C – Video Kreatif Pengurusan Kecederaan Otot dan Sendi (Berpasukan 5 orang)
• Video Kreatif Pengurusan Kecederaan Otot dan Sendi merupakan acara berpasukan yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai pengurusan kecederaan otot dan sendi secara asas, selamat dan beretika. Acara ini menekankan pembelajaran berasaskan situasi sebenar melalui penghasilan video kreatif yang memaparkan langkah-langkah pengurusan awal kecederaan seperti regangan, pertolongan cemas asas dan penjagaan diri yang betul.
• Melalui pendekatan video kreatif, peserta digalakkan menyampaikan maklumat kesihatan dengan cara yang jelas, berfakta dan mudah difahami, perkongsian maklumat yang bertanggungjawab, tidak mengelirukan dan tidak memudaratkan penonton.
OBJEKTIF ACARA
a. Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan asas kecederaan otot dan sendi secara selamat dan betul.
b. Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan kecederaan, pemanasan badan dan penjagaan diri semasa aktiviti fizikal.
c. Memupuk kerjasama berpasukan, kreativiti dan komunikasi berkesan dalam penyampaian mesej kesihatan.
d. Menggalakkan perkongsian kandungan kesihatan yang beretika, berfakta dan bertanggungjawab selaras dengan konsep bantuan awal.
FORMAT & SYARAT VIDEO
Bentuk: Video kreatif berasaskan simulasi / lakonan situasi
Tempoh: Minimim 3.00 minit dan Maksimum 5.00 minit
Penyertaan: Berpasukan
Bahasa: Bahasa Melayu
Elemen wajib:
i. Pengenalan pasukan & situasi kecederaan
ii. Demonstrasi pengurusan kecederaan
iii. Penekanan keselamatan & langkah betul
PERATURAN PERTANDINGAN
i. Demonstrasi kecederaan mestilah simulasi sahaja dan tidak membahayakan peserta. Demonstrasi perlu menunjukkan penyebab mula kejadian, langkah pengurusan kecederaan secara asas yang betul dan berperingkat, termasuk mengenalpasti jenis kecederaan dan simptom awal dengan membuat sedikit make up kecederaan lebam dan bengkak. Tindakan bantuan segera dengan penggunaan kaedah asas RICE / PRICE dan Balutan asas. Nasihat mendapatkan rawatan lanjut sekiranya kesakitan berterusan.
ii. Kandungan video tidak boleh mengelirukan atau mempromosikan rawatan berbahaya.
iii. Penggunaan peti pertolongan cemas amat digalakkan.
Pilihan Jenis Kecederaan (Pilih 1 sahaja)
1. Terseliuh
2. Terkehel
3. Kekejangan
TEKNIK RAKAMAN
Jenis Shot Yang Disyorkan
Gunakan gabungan shot untuk menjadikan video menarik:
• Wide Shot: Gambaran keseluruhan lokasi & pasukan
• Medium Shot: Kejadian & interaksi ahli
• Close-Up Shot: Bantuan dan peralatan, hasil akhir Elakkan terlalu lama pada satu shot.
Kedudukan & Kestabilan Kamera
• Gunakan tripod atau letak kamera pada permukaan kukuh.
• Elakkan gegaran, pergerakan mengejut atau zoom berlebihan.
Pencahayaan
• Manfaatkan cahaya semula jadi.
• Pastikan wajah dan bahan masakan jelas.
• Elakkan rakaman menghadap matahari terus.
• Jika gelap, ubah posisi rakaman, bukan tambah kesan suntingan.
Audio & Komunikasi
• Rakam suara di kawasan kurang bising.
• Gunakan suara jelas, ringkas dan sopan.
• Elakkan bunyi angin, kipas berlebihan atau jeritan.
• Dialog ringkas lebih berkesan daripada panjang.
Suntingan Video
• Potong bahagian tidak perlu.
• Susun rakaman mengikut aliran cerita.
• Masukkan teks ringkas (nama kecederaan, pasukan).
• Elakkan muzik atau efek berlebihan.
Kualiti Video (Keperluan Minimum)
• Resolusi: Minimum Full HD (1080p)
• Orientasi: Landskap (horizontal)
• Format fail: MP4 / MOV
• Kualiti audio: Jelas, seimbang dan tidak pecah
• Suntingan: Kemas, minimum (intro ringkas dibenarkan)
Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM . Segala pertanyaan bagi ACARA C sila Whatsapp ke 011-6439 7745.
Borang pendaftaran :
Sekolah Menengah - Borang Pendaftaran Acara C (SM)
Sekolah Rendah - Borang Pendaftaran Acara C (SR)
Pastikan anda join/subscribe/follow channel telegram rasmi kami Matchex Broadcast Media untuk info terkini.