ACARA D - Kuiz Online: Saya Duta Sihat 2026 – Individu
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2026)
ACARA D - Kuiz Online: Saya Duta Sihat 2026 – Individu
TERBUKA DAN PERCUMA kepada semua ahli-ahli Remaja Matchex yang masih sah keahliannya sahaja (sehingga 31.12.2026)
Pilihan Acara D - Kuiz Online: Saya Duta Sihat 2026 – Individu (25 April 2026 - 10.00 hingga 11.00pagi)
Acara ini boleh disertai oleh semua Ahli Remaja Matchex secara individu walaupun telah mengambil bahagian dalam acara-acara yang lain.
PERATURAN DAN SYARAT
Setiap peserta kuiz wajib mengisi kod penyertaan untuk acara kuiz online ini. Dapatkan kod penyertaan tersebut selewatnya pada 18 April 2026 di Looker Studio keahlian masing-masing. Hubungi penganjur segera jika masih belum tidak mendapat kod penyertaan acara kuiz melalui email: mysihat.inquiry@gmail.com
Menjawab 100 soalan kuiz dalam masa 1 jam. Kuiz akan dijalankan melalui platform Google Forms
Markah akan diberikan berdasarkan jawapan yang tepat dan masa yang terpantas dalam masa 1 jam yang diberikan sahaja.
Tarikh dan masa pertandingan kuiz online akan berlangsung pada 25 April 2026, Sabtu, 10.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja. Penghantaran jawapan selepas waktu berkenaan hanya akan dikira sebagai penyertaan sahaja. Kedudukan pemenang tempat pertama hingga ke lima adalah terbuka kepada mereka yang menghantar jawapan dalam masa 1 jam berkenaan.
Sekiranya dalam kedudukan pemenang terdapat markah yang sama maka masa terpantas menghantar jawapan diambil kira untuk menentukan kedudukan tempat.
Kedudukan pemenang dalam setiap setiap kategori (SM dan SR) adalah seperti berikut:
Johan (Medal, sijil pencapaian dan Duta Sihat 2026)
Naib Johan (Medal dan sijil pencapaian)
Ketiga (Medal dan sijil pencapaian)
Keempat (Sijil pencapaian)
Kelima (Sijil pencapaian)
Soalan-soalan bagi pertandingan kuiz online ini adalah di bawah tajuk Pertolongan Cemas Asas dan Bantu Mula serta kesihatan Umum.
Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM . Segala pertanyaan bagi ACARA D sila email ke mysihat.inquiry@gmail.com./Whatsapp Matchex Helpline 011-7117 1071
BORANG PENDAFTARAN : PENDAFTARAN ADALAH AUTOMATIK BAGI SEMUA AHLI REMAJA YANG MASIH SAH TEMPOH KEAHLIANNYA.
Bagi acara kuiz, peserta/ahli tidak perlu mengisi borang pendaftaran. Hanya pastikan anda telah mendaftar ahli atau perbaharui keahlian anda bagi tahun 2026.
Bagi ahli yang tempoh sah keahliannya sehingga 31 Disember 2026, boleh dapatkan kod penyertaan individu serta link kuiz melalui pautan Semakan Nombor Ahli Remaja. Pilih menu 3. AHLI REMAJA 2026 untuk semakan.
Sekiranya nama anda ada dalam carian tersebut, gunakan no ahli anda untuk semakan kod penyertaan individu MySihat 2026 bermula 2 Februari 2026 di menu 4. PROGRAM MYSIHAT CARE 2026
SIJIL PENYERTAAN KUIZ ADALAH DALAM BENTUK DIGITAL SAHAJA YANG AKAN DI MUAT NAIK DI LOOKER STUDIO DATA KEAHLIAN KELAK.
HANYA AHLI YANG MENGHANTAR/SUBMIT JAWAPAN KUIZ SAHAJA AKAN DIBERIKAN SIJIL.
Pastikan anda join/subscribe/follow channel telegram rasmi kami Matchex Broadcast Media untuk info terkini.