Pilihan Acara A : 3.00 minit Video Senaman – Power Abs workout berpasukan (2 – 3 orang)
Pengenalan Aktiviti
Pertandingan 3.00 Minit Video Senaman – Power Abs Workout merupakan satu acara kecergasan kreatif berpasukan yang memfokuskan kepada latihan kekuatan dan daya tahan otot bahagian teras (core muscle). Setiap pasukan yang terdiri daripada 2 hingga 3 orang dikehendaki menghasilkan satu video senaman berdurasi 3 minit yang memaparkan rutin latihan Power Abs secara tersusun, kreatif dan bertenaga.
Aktiviti ini menggabungkan elemen kecergasan fizikal, kreativiti, keseragaman pergerakan serta penggunaan media digital secara positif, selaras dengan pendekatan pembelajaran dan gaya hidup aktif masa kini.
Objektif Aktiviti
i. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot bahagian abdomen serta teras badan.
ii. Menggalakkan amalan senaman secara konsisten dan berstruktur.
iii. Memupuk semangat kerjasama dan koordinasi berpasukan.
iv. Menggalakkan kreativiti dalam penyampaian rutin senaman.
v. Menerapkan penggunaan teknologi secara produktif dan sihat.
Syarat dan Peraturan
i. Setiap pasukan terdiri daripada 2 hingga 3 orang sahaja.
ii. Tempoh video mestilah tepat 3.00 minit (±10 saat toleransi).
iii. Video mestilah memaparkan sekurang-kurangnya 4 jenis senaman abs yang berbeza (contoh: crunch, bicycle crunch, leg raise, mountain climber, Plank Jack, V-Up, Toe Touch Crunch, Side Plank (kiri & kanan), Flutter Kicks dan Dead Bug)
iv. Pergerakan mestilah dilakukan dengan teknik yang betul dan selamat. Keseragaman pergerakan senaman akan diambil kira.
v. Muzik latar yang bersesuaian dibenarkan. Pakaian hendaklah sesuai dengan sensitiviti umum.
vi. Video hendaklah dirakam secara jelas dan tidak disunting secara berlebihan sehingga mengganggu keaslian persembahan.
Aspek Keselamatan
Pastikan warming up sekurang-kurangnya 5.00 minit sebelum rakaman, Elakkan pergerakan terlalu laju tanpa kawalan, Pastikan lantai rata dan tidak licin dan Hentikan jika rasa sakit pada bahagian belakang bawah
Cara Rakaman Video Yang Disarankan
a. Kedudukan Kamera - Kamera diletakkan pada paras pinggang atau dada, Sudut rakaman hadapan (front angle) – WAJIB supaya teknik jelas. Jarak kamera: 2–3 meter dari peserta - Pastikan keseluruhan badan kelihatan.
Elakkan: Rakaman terlalu dekat, Sudut terlalu tinggi atau terlalu rendah dan kamera bergerak-gerak berlebihan.
b. Pencahayaan - Rakam di kawasan terang (luar bangunan atau dewan bercahaya)
Elakkan cahaya dari belakang (backlight) dan pastikan wajah dan pergerakan jelas
c. Latar Belakang - Latar bersih dan kemas. Elakkan kawasan berselerak dan boleh guna backdrop program atau banner rasmi
d. Sudut Rakaman Dicadangkan agar mudah hakim menilai teknik
Sudut Hadapan (Utama – Disarankan) Sesuai untuk crunch, plank, russian twist
Sudut Sisi (Optional jika mahu lebih kreatif) Sesuai untuk plank, leg raise
Tunjukkan postur badan lurus
e. Cadangan Aliran Video (Professional Look)
- 5 saat pembukaan – Pasukan dalam posisi bersedia. Mulakan senaman ikut kiraan serentak, Transisi lancar tanpa berhenti
- 5 saat penutup – pose akhir & nama pasukan. Sebutkan Tagline bersama: STAY FIT 2026: Ayuh Bangkit Bersama, Tenagakan Diri Mu
f. Tip untuk hasil rakaman video berkualiti tinggi
- Pakai pakaian sukan yang seragam, Gunakan kiraan suara yang jelas (“1, 2, 3…”). Pastikan pergerakan serentak, Elakkan terlalu banyak potongan (cut editing) dan Gunakan tripod untuk rakaman lebih stabil.
Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM .
Borang pendaftaran : (5 Mei hingga 31 Mei 2026)
Sekolah Menengah - Borang Pendaftaran Acara A (SM) - PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 31 MEI 2026
Sekolah Rendah - Borang Pendaftaran Acara A (SR) - PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 31 MEI 2026
Satu email pengesahan akan dihantar ke email yang digunakan semasa mengisi borang dalam masa 5 hari bekerja selepas pendaftaran diterima oleh pihak penganjur. Di dalam email tersebut akan disertakan KOD Penyertaan Pasukan dan link pautan untuk muatnaik tugasan bagi acara A atau B.
Penghantaran video adalah dari 8 hingga 30 Jun 2026