Pilihan Acara B : 3.00 minit Video Persembahan Seni Bela diri berpasukan (2 – 5 orang)

 

KONSEP PERTANDINGAN

Acara 3.00 Minit Video Persembahan Seni Bela Diri berpasukan merupakan pertandingan berbentuk rakaman video yang mengetengahkan elemen disiplin, teknik, keseragaman dan kreativiti dalam seni mempertahankan diri. Setiap pasukan yang terdiri daripada 2 hingga 5 orang dikehendaki menghasilkan satu video persembahan berdurasi 3.00 minit yang memaparkan demonstrasi seni bela diri secara tersusun, selamat dan berimpak.

 

Acara ini merupakan pertandingan persembahan seni bela diri yang menekankan tahap kemahiran teknikal, ketepatan, kekuatan, kawalan, kreativiti koreografi serta impak persembahan secara profesional. Pertandingan ini direka untuk mencabar peserta pada tahap lebih tinggi dengan penekanan kepada standard teknikal, disiplin persembahan dan keaslian koreografi.

 

Persembahan mestilah menunjukkan penguasaan sebenar seni bela diri dari segi teknik, keseimbangan, kawalan pernafasan, kekuatan kuda-kuda, koordinasi dan ekspresi semangat juang (fighting spirit). Persembahan boleh merangkumi mana-mana seni bela diri seperti Silat, Taekwondo, Karate, Wushu, Muay Thai, Aikido atau lain-lain yang bersesuaian. Acara ini bertujuan memupuk disiplin, keyakinan diri serta semangat berpasukan dalam suasana pertandingan yang sihat dan profesional.

 

Objektif 

a. Menonjolkan bakat dan kemahiran peserta dalam seni bela diri.

b. Memupuk disiplin, kawalan diri dan semangat kesukanan.

c. Menggalakkan kerjasama dan keseragaman dalam pasukan.

d. Meningkatkan keyakinan diri melalui persembahan berkumpulan.

e. Mengangkat seni bela diri sebagai aktiviti kecergasan dan warisan budaya.

 

Impak Program 

Acara ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal dan koordinasi badan, malah membentuk disiplin, keberanian serta jati diri peserta. Ia juga memberi peluang kepada peserta untuk menghargai seni bela diri sebagai satu warisan budaya dan medium pembinaan sahsiah.

 

Syarat dan Peraturan 

1.   Setiap pasukan terdiri daripada 2 hingga 5 orang peserta.

2.  Tempoh video mestilah 3.00 minit (±10 saat toleransi).

3.  Rakaman: Satu rakaman penuh (continuous take digalakkan)

4.  Suntingan minimum (tidak dibenarkan efek dramatik berlebihan)

5.  Persembahan boleh berbentuk:

·  Demonstrasi teknik asas

·  Gabungan jurus/kata berkumpulan seragam

·  Demonstrasi teknik kombinasi (striking, blocking, kicking)

·  Formasi taktikal

6.  Persembahan berkumpulan berunsur formasi sparring terkawal

7.  Simulasi pergerakan tanpa sentuhan keras

8.  Aspek keselamatan mesti diutamakan sepanjang persembahan.

9.  Penggunaan replika senjata tradisional dibenarkan dengan kawalan

10. Tidak mengandungi unsur berbahaya atau keterlaluan.

11.  Rakaman perlu jelas dan menunjukkan keseluruhan pergerakan peserta.

 

Kriteria Wajib (Standard Kompetitif)

Persembahan mesti mengandungi:

o   Minimum 5 teknik asas berbeza

o   Sekurang-kurangnya 3 perubahan formasi

o   Kombinasi teknik tangan dan kaki

o   Elemen keseimbangan atau kawalan dinamik

o   Penutup formal (salam hormat)

 

Cadangan Struktur Persembahan (3.00 Minit)

 0:00 – 0:20 - Posisi pembukaan & salam/tunduk hormat

 0:20 – 1:30 - Demonstrasi teknik asas atau jurus seragam

 1:30 – 2:30 - Formasi berkumpulan / kombinasi pergerakan

 2:30 – 3:00 - Penutup dramatik & salam/tunduk hormat akhir

(Sebutkan Tagline bersama: STAY FIT 2026: Ayuh Bangkit Bersama, Tenagakan Diri Mu)

 

Sudut Utama Rakaman (Wajib) – Front Wide Shot

Kedudukan Kamera: Kamera diletakkan hadapan pasukan, Jarak: 3 – 5 meter (bergantung bilangan ahli), Paras kamera: paras   dada atau pinggang dan rakaman dalam mod landskap (horizontal). Dengan cadangan sudut rakaman ini bagi Hakim boleh menilai keseragaman, jelas melihat formasi dan perubahan posisi dan mudah menilai ketepatan pukulan dan tendangan.

 

Elakkan: Kamera terlalu dekat, terlalu tinggi (bird view), terlalu rendah (low dramatic angle)

 

Sudut Sisi (Optional – Jika Mahu Lebih Profesional)

Digunakan untuk menunjukkan - Kedalaman kuda-kuda, postur badan semasa tendangan, dan kestabilan imbangan. Rakaman sisi boleh dilakukan sebelum atau selepas persembahan utama atau satu pergerakan tertentu sahaja.

 

Untuk pertandingan kompetitif, digalakkan satu sudut utama sahaja (rakaman berterusan tanpa banyak potongan).

 

Sudut 45° (Disyorkan Untuk Impak Visual) - Kamera sedikit serong 45° dari hadapan agar nampak lebih dinamik, jelas teknik dan formasi dan memberi dimensi kedalaman pergerakan. Ianya lebih sesuai jika persembahan banyak perubahan formasi serta mempunyai kombinasi teknik serangan & pertahanan.

 

Ketinggian & Stabiliti Kamera - Gunakan tripod (WAJIB untuk kategori kompetitif), Elakkan rakaman pegang tangan (handheld shake) dan Pastikan seluruh badan (kepala hingga kaki) sentiasa dalam frame. Pastikan Semua peserta masuk dalam frame sepanjang masa, tidak terpotong kaki semasa tendangan tinggi dan tidak terpotong kepala semasa lompatan

 

Pencahayaan – Sesi rakaman di kawasan terang, elakkan cahaya dari belakang (backlight) dan jika di dalam dewan, pastikan lampu mencukupi

 

Kesalahan Biasa Yang Menurunkan Markah - Kamera terlalu jauh (teknik tak jelas), Kamera terlalu dekat (formasi tak nampak), Rakaman gelap, banyak potongan dan efek dramatic serta sudut ekstrem yang menyukarkan penilaian teknik

 

Standard Kompetitif (Disarankan) - Satu rakaman penuh (continuous shot), Sudut hadapan atau 45°, Kamera statik dan Format HD minimum 1080p.


Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM


Borang pendaftaran : (5 Mei hingga 31 Mei 2026)


Satu email pengesahan akan dihantar ke email yang digunakan semasa mengisi borang dalam masa 5 hari bekerja selepas pendaftaran diterima oleh pihak penganjur. Di dalam email tersebut akan disertakan KOD Penyertaan Pasukan dan link pautan untuk muatnaik tugasan bagi acara A atau B.

Penghantaran video adalah dari 8 hingga 30 Jun 2026