Pilihan Acara D :  3.00 minit Video Pertunjukan Seni Bela diri Individu

 

KONSEP PERSEMBAHAN

 

-  3.00 Minit Video Pertunjukan Seni Bela Diri Individu merupakan pertandingan persembahan berbentuk rakaman video yang menekankan penguasaan teknik, kekuatan, ketepatan, disiplin dan karisma individu dalam seni bela diri. Peserta dikehendaki mempersembahkan demonstrasi seni bela diri secara solo selama 3.00 minit dengan susunan gerakan yang tersusun, bertenaga dan berimpak tinggi.

 

-  Pertunjukan boleh merangkumi mana-mana disiplin seni bela diri seperti Silat, Taekwondo, Karate, Wushu, Muay Thai, Taichi, Aikido atau lain-lain yang bersesuaian. Penilaian akan memberi tumpuan kepada ketepatan teknik, kawalan pergerakan, imbangan, ekspresi serta impak persembahan secara keseluruhan.

 

Objektif

- Menilai tahap penguasaan teknik seni bela diri secara individu.

- Membina keyakinan diri dan disiplin tinggi.

- Mengasah kawalan badan, imbangan dan kekuatan dalaman.

- Memberi ruang kepada peserta mempamerkan bakat dan identiti seni bela diri masing-masing.

- Menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal berteraskan seni mempertahankan diri.

 

      Format Pertandingan:

- Penyertaan: Individu

- Tempoh: 3 minit (2:50 – 3:10 minit dibenarkan)

- Rakaman dalam format landskap (horizontal)

- Rakaman berterusan (continuous shot digalakkan)

- Suntingan minimum sahaja dibenarkan

- Muzik latar dibenarkan (jika bersesuaian dengan seni yang dipersembahkan)

 

      Elemen Wajib Persembahan

Persembahan mesti mengandungi:

- Minimum 5 teknik berbeza (kombinasi tangan & kaki)

- Sekurang-kurangnya 1 teknik keseimbangan atau kawalan statik

- Perubahan aras (tinggi – sederhana – rendah)

- Elemen kuasa (power execution)

- Penutup rasmi (salute/tunduk hormat) - Sebutkan Tagline bersama: STAY FIT 2026: Ayuh Bangkit Bersama, Tenagakan Diri Mu

 

Cadangan Sudut Rakaman

Sudut hadapan atau 45°, kamera statik menggunakan tripod, jarak 3–4 meter (pastikan seluruh badan jelas), Rakaman penuh tanpa potongan

 

Ciri Persembahan Markah Tertinggi

Teknik tajam dan bertenaga, Kuda-kuda kukuh dan stabil, Perubahan tempo yang jelas, Kawalan pernafasan baik, dramatik dan yakin


Keterangan lanjut berkaitan syarat-syarat am, kriteria permarkahan, sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk KERTAS KONSEP PROGRAM


BAGI ACARA INDIVIDU D, AHLI TIDAK PERLU BUAT PENDAFTARAN ACARA.

Ahli boleh terus siapkan video dan hantar pada tarikh yang telah ditetapkan melalui borang yang disediakan di link di bawah.


BORANG PENGHANTARAN VIDEO boleh di dapati melalui link Semakan Kod Penyertaan Stay Fit 2026 .

Penghantaran video adalah dari 8 hingga 30 Jun 2026